fbpx

‘Bekale gulo belambok di Kelate’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin bertemu dengan peniaga di Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru baru-baru ini.

PETALING JAYA – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan bekalan gula di Kelantan lebih daripada mencukupi.

Ia berdasarkan kunjungan beliau ke Kelantan termasuk di Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru bagi meninjau para peniaga di negeri itu baru-baru ini.

“Gembira dapat bertegur sapa dan berborak dengan semua warga Kota Bharu yang sibuk menjalani pelbagai aktiviti jual beli di pasar ikonik ini.

“Ada juga terserempak dengan kedai-kedai menjual “Gula Rakyat” (Gula Putih Bertapis Kasar dan Halus).

“Alhamdulillah, hargo pun serupo sekalo. Bekale pun belambok di Kelate (harga pun sama sekilo, Bekalan pun berlambak di Kelantan),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Salahuddin memberitahu, beliau melihat kebanyakan peniaga telah beralih kepada transaksi secara e-wallet.

Menurut beliau, ekosistem sebegitu pasti memudahkan untuk rakyat Kelantan bertukar ke sistem ‘cashless’ (tanpa tunai).

“”Saya bersama KPDN akan sentiasa bekerja untuk memastikan bekale gulo cukup, harga so supik gulo masih kekal di Kelate dan pada masa sama, para peniaga kecil tidak terpinggir daripada arus pendigitalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI