fbpx

Malaysia sedang hadapi cabaran struktural ekonomi – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIZI

PETALING JAYA – Malaysia ketika ini sedang menghadapi cabaran struktural ekonomi negara dan dunia yang perlu ditangani segera.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan mempunyai satu peluang untuk memperbaiki masalah itu.

“Mewujudkan ekonomi bernilai tinggi yang mampan, menambah baik liputan keselamatan sosial melalui pendekatan pengupayaan rakyat.

“Reformasi pasaran kerja untuk meningkatkan gaji pekerja secara berkala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, kata Rafizi, kerajaan mengambil keputusan untuk melancarkan satu dokumen reformasi ‘Naratif Ekonomi Madani’ (NEM) pada Ogos 2023.

Menurut beliau, NEM akan menggariskan beberapa perkara termasuk pembaharuan fiskal supaya kerajaan dapat melaksanakan pembaharuan struktur khusus secara mampan

Tambah beliau, perkara seterusnya adalah pembaharuan sosial supaya jaringan keselamatan diluaskan dan disasarkan supaya tiada siapa yang ketinggalan.

Kata beliau, NEM akan turut menggariskan pembaharuan gaji dan pasaran buruh untuk mewujudkan pertumbuhan gaji yang tinggi dan pekerjaan berkualiti tinggi.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan dengan komited bagi memastikan usaha-usaha kerajaan dalam memperbaiki struktural ekonomi negara dan rakyat berkesan serta berjalan dengan lancar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI