fbpx

Saksi kes pemerdagangan, seludup imigran di Kajang dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KAJANG – Polis sedang mengesan seorang saksi penting berhubung kes Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Imigran, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, individu tersebut adalah Sivakumar Thiarajah dengan alamat terakhirnya No. 223 Jalan Tempua 6, Puchong Jaya, Selangor.

Katanya, saksi berkenaan diperlukan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah 7, Shah Alam, Selangor.

“16 Mei lalu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima satu laporan berkaitan kes Pemerdangangan Manusia dan Penyeludupan Imigran dimana seorang lelaki warga India diselamatkan, di sini.

“Polis telah menangkap suspek yang terlibat di dalam kejadian berkenaan dan telah dituduh di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Zaid memaklumkan, pihaknya memerlukan bantuan orang ramai mengesan saksi untuk tampil sendiri ke perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai saksi pendakwaan.

“Perbicaraan tersebut akan bersidang pada 15, 22 Jun dan 13 Julai ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diseru untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI