fbpx

Suami buang isteri kerana lumpuh separuh badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang isteri diusir oleh suaminya selepas bergelar orang kelainan upaya (OKU) kerana lumpuh separuh badan.

Menerusi perkongsian Facebook Lembaga Zakat Selangor, si isteri diusir kerana lumpuh akibat kecederaan tulang belakang.

“Kebahagiaan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta bertukar menjadi mimpi ngeri apabila beliau diusir dari rumah oleh suami kerana lumpuh separuh badan akibat kecederaan tulang belakang,” ujarnya.

Katanya, pada permulaan dia mendapat tempat berlindung dan rawatan hasil bantuan orang lain.

“Mujur ada ihsan kenalan membantu dia mencari rumah sewa sebagai tempat berlindung dan menguruskan proses rawatan di hospital.

Menurutnya lagi, pihak lembaga zakat telah mendaftarkan dia di bawah asnaf (layak) dan akan diberikan bantuan seterusnya.

“Kami dapat jejaki dia bagi melihat keadaan dan keperluan sebenarnya. Dia sudah didaftarkan sebagai asnaf dan akan disalurkan bantuan sewa rumah, kewangan bulanan serta bantuan perubatan.

“Semoga dengan bantuan ini mampu meringankan beban yang dihadapi olehnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI