fbpx

200 rumah dilandar banjir kilat, hujan lebat lebih 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDAK (kanan) membantu mangsa banjir di Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah, Iskandar Puteri dilanda banjir hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Lebih 200 buah rumah di dua taman perumahan di Gelang Patah dilanda banjir berikutan hujan lebat selama dua jam sejak pagi tadi.

Hujan lebat selama lebih dua jam bermula pukul 9.30 pagi itu menyebabkan kebanyakan penduduk di Taman Muafakat dan Taman Datuk Syed Idrus di sini tidak sempat menyelamatkan peralatan rumah berikutan air naik begitu mendadak sehingga ke paras dada kira-kira 1.5 meter.

Seorang penduduk, Muhammad Fikri Razali, 35, berkata, air mulai naik kira-kira pukul 11.30 pagi sehingga ke paras dada.

“Saya hanya sempat mengeluarkan sebuah kereta saja ketika hujan lebat, ketika itu air hanya paras buku lali saja.

“Tapi bila saya balik semula ke rumah untuk alihkan sebuah lagi kereta air sudah mulai naik hingga paras pinggang, jadi tak sempat nak alihkan kereta,’ katanya kepada pemberita di di sini.

Sementara itu, seorang suri rumah, Elya Shaharuddin, 36, berkata, dia sama sekali tidak menyangka air banjir naik dengan begitu cepat dan tidak sempat untuk menyelamatkan peralatan rumah.

“Masa hujan lebat saya berada dalam rumah bersama anak, dan tak sangka pula boleh berlaku banjir dalam sekelip mata.

“Ketika air mulai naik saya menelefon pihak bomba dan penyelamat bagi membantu mangsa banjir kerana terdapat jiran rumah saya yang hendak bersalin,” katanya

Sementara itu ADUN Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad turut sama melakukan kerja-kerja menyelamat bersama anggota bomba, JPAM, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Yayasan Penyayang dengan dibantu penduduk taman.

Menurutnya, Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di Dewan Raya Gelang Patah telah dibuka bagi memudahkan mangsa banjir berlindung buat sementara waktu.

Dalam pada itu, Amanah Yayasan MBIP telah digerakkan serta merta untuk mengagihkan pek makanan kepada mangsa banjir yang berada di rumah.

Tinjauan Kosmo! mendapati air mulai surut kira-kira pukul 2 petang dan penduduk mulai kembali ke rumah untuk membersihkan persekitaran rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI