fbpx

Nelayan Melaka barat dibayar pampasan RM4.3 juta bermula September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhamad Akmal (kiri) menyerahkan sumbangan kepada nelayan pada Majlis Penyampaian Bayaran Insentif Sara Hidup Kepada Nelayan di Tanjung Bidara, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

ALOR GAJAH – Nelayan Melaka Barat yang terjejas dengan projek Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) akan menerima pampasan berjumlah RM4.3 juta yang akan dibayar secara berperingkat bermula September depan.

Pengerusi Jawantankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pembayaran tersebut membabitkan nelayan bahagian Melaka barat sahaja dan sebahagian nelayan dari Negeri Sembilan.

Katanya, jumlah sebenar pampasan adalah RM5.4 juta, tetapi yang akan dibayar kepada nelayan dan awak-awak hanya RM4.3 juta.

“Pampasan RM4.3 juta akan dibayar secara berperingkat melalui tiga fasa bermula September ini dan RM1 juta akan dimasukkan ke dalam tabung Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Ia bertujuan untuk kegunaan pembangunan para nelayan dan dikhaskan untuk kegunaan nelayan Melaka barat sahaja,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Penyampaian Bayaran Insentif Sara Hidup Kepada Nelayan di sini, hari ini.

Tambahnya, sebanyak RM100,000 lagi akan digunakan untuk menaik taraf balai-balai nelayan.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan negeri juga telah menyelesaikan isu perumahan nelayan dan sebanyak 60 buah akan mula menerima penghuni bermula Ogos ini.

Ditanya mengenai dakwaan terdapat nelayan negeri ini ‘menceroboh’ masuk ke kawasan perairan Negeri Sembilan, beliau berkata, perkataan itu tidak seharusnya digunakan seolah-olah ia melibatkan nelayan asing.

Menurutnya, dia telah berbincang bersama pihak Jabatan Perikanan negeri, Jabatan Laut dan Maritim untuk menyediakan garis persempadanan kepada para nelayan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI