fbpx

Vale lancar Biasiswa Teluk Rubiah bernilai RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tumpuan Vale dalam sektor pendidikan bakal memberi peluang kepada generasi muda memperoleh kerjaya berpotensi dalam industri perlombongan.

PETALING JAYA – Syarikat perlombongan terkemuka dunia, Vale melancarkan Program Biasiswa Teluk Rubiah (TRSP) bernilai RM4 juta yang dikhususkan kepada pelajar yang mendapat keputusan paling cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari daerah Manjung, ­Perak.

Menurut Ketua Pegawai ­Eksekutif Vale di Malaysia, ­Leonardo Paiva, TRSP merupakan salah satu program pembangunan komuniti strategik Vale yang memberikan tumpuan kepada belia sebagai pemangkin pembangunan inklusif dan mampan di Manjung.

“Aset terbesar Manjung terletak pada kebolehan dan potensi belia yang tinggal di daerah ini.

“Harapan kami adalah biasiswa yang mana ia mampu membuka pintu bagi anak-anak muda paling berpotensi di Manjung untuk mendapat pendidikan bertaraf dunia.

“Ia akan mempersiapkan mereka untuk kerjaya yang dinamik dalam industri perlom­bongan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Permohonan biasiswa itu dibuka mulai semalam sehingga 26 Jun ini dan boleh dibuat di laman web rasmi Vale.

Pemegang biasiswa TRSP bakal menerima penajaan penuh untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan atau perdagangan di universiti bertaraf antarabangsa yang diiktiraf.

Ia turut meliputi elaun hidup, penginapan, sumber pembelajaran, perbelanjaan yang menampung kemungkinan penempatan di luar negara bagi satu semester dan sokongan relevan lain sepanjang tempoh pengajian.

Vale merancang untuk mendaftarkan sehingga 10 pelajar dalam fasa perintis program biasiswa tersebut yang merangkumi beberapa kemasukan universiti sehingga 2025.
Komposisi penerima akan mencerminkan kepelbagaian Manjung, sejajar dengan komitmen global Vale menyediakan peluang saksama bagi kaum wanita. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI