fbpx

Kematian Tunisha Sharma disebabkan bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENDIANG Tunisha Sharma

ENAM bulan selepas kontroversi kematian aktres Tunisha Sharma, polis India yang diwakili pegawai tingginya, Chandrakant Jadhav mengklasifikasikan kematian wanita sebagai bunuh diri.

Menerusi siasatan yang dijalankan mendapati, tiada bukti menunjukkan pelakon berusia 20 tahun itu mati akibat dibunuh.

Ujar pegawai itu lagi, tindakan Tunisha mengakhiri riwayatnya dengan membunuh diri adalah berpunca daripada kekecewaan putus cinta dengan kekasihnya yang juga pelakon, Sheezan Khan.

Berdasarkan laporan, Tunisha dikatakan sempat minum teh di lokasi penggambaran drama bersiri yang dibintangi bersama Sheezan.

Dalam kejadian pada 24 Disember tahun lalu, aktres yang berlakon sejak zaman kanak-kanak itu ditemui mati selepas menggantung diri dalam bilik air di lokasi penggambaran.

Bekas kekasihnya juga sempat ditahan reman, namun dibebaskan mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI