fbpx

Ningning pakai baju seberat manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NINGNING

BARANGAN mewah tidak semestinya memberi satu perasaan serba sempurna.

Itu dilalui Ningning daripada kumpulan Aespa sewaktu menggayakan busana Versace pada Festival Filem Cannes ke-76, di Perancis, baru-baru ini.

Ujar Ningning, gaun tersebut terlalu labuh, meleret dan terasa ‘berat’ sehingga terpaksa dia dibantu tiga orang pengawal ketika hendak digayakan.

“Walaupun gaun itu kelihatan biasa, tapi saya terasa seperti sedang mendukung orang dewasa. Berat gaun itu membuatkan saya sangat keletihan,” katanya.

Ningning hadir ke acara tersebut atas jemputan jenama barang kemas terkenal Perancis, Chopard.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI