fbpx

Blackpink dipuji tak gopoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLACKPINK

KONSERT Blackpink di Melbourne, Australia baru-baru ini menerima banyak pujian daripada peminat. Masing-masing memuji kumpulan itu walaupun salah seorang anggota berdepan dengan masalah teknikal.

Semuanya berpunca apabila mikrofon milik Rose terjatuh sewaktu dia sedang rancak menari.

Melihat situasi sebegitu, Lisa dan Jisoo segara membantu mengambil semula mikrofon yang terjatuh tanpa mengganggu fokus persembahan.

Rose yang kekal tenang berdepan dengan situasi tersebut dihujani pujian ramai peminat, sekali gus terus membuatkan mereka lebih disayangi Blinks kerana bijak mengawal situasi cemas.

Semasa kejadian, Jennie bagaimanapun tidak terlibat kerana masih dalam kuarantin akibat Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI