fbpx

PRN: BN tanding lebih dua kerusi DUN di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tiga dari kanan) ketika merasmikan Strategi Pembangunan Ekosistem Ekonomi Pulau Pinang (Penang SEED) 2023 - 2028 di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Barisan Nasional (BN) bakal bertanding lebih daripada dua kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang walaupun parti itu hanya menang dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Chow Kon Yeow enggan mendedahkan berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi BN itu dan menyerahkan keputusan mengenai perkara itu kepada pimpinan PH Pusat.

“Di peringkat negeri kita tidak cadang untuk adakan perbincangan lagi. Kita mengikut prinsip penyandang, jadi mereka (BN) ada dua kerusi (DUN).

“Tetapi ada ruang-ruang di mana kerusi (DUN) yang sebelum ini dimenangi oleh pihak lain (Pas, Bersatu), jadi ada ruang untuk agihkan kerusi sedemikian, membawa ruang-ruang itu adalah kerusi Pas, Bersatu,” katanya.

Kon Yeow berkata demikian selepas merasmikan Strategi Pembangunan Ekosistem Ekonomi Pulau Pinang (Penang SEED) 2023 – 2028 di sini hari ini.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada PRU14, PH yang ketika itu bergabung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memenangi 37 kerusi.

BN menang dua kerusi iaitu kerusi DUN Sungai Dua dan Permatang Berangan manakala Pas mempunyai satu kerusi iaitu DUN Penaga.

Menurut Kon Yeow, mesyuarat berhubung agihan kerusi di enam negeri yang bakal diadakan PRN itu masih lagi berterusan di peringkat pimpinan PH Pusat.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow berkata, pelancaran Strategi Pembangunan Ekosistem Ekonomi Pulau Pinang (Penang SEED) 2023 – 2028 itu adalah untuk meletakkan semula ekonomi negeri bagi mencapai momentum pertumbuhan yang lebih besar dalam tempoh lima tahun akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI