fbpx

Mosti umum 5 bukti konsep Pusat Pengalaman 5G MRANTI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (tiga dari kiri), Lih Kang (empat dari kiri), Aminuddin (tengah) dan Dzuleira (empat dari kanan) ketika sesi bergambar bersama barisan rakan strategik program. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) mengumumkan lima bukti konsep yang terhasil daripada Pelancaran Pusat Pengalaman 5G oleh The Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) di MRANTI Park, di sini, hari ini.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, lima bukti konsep berkenaan adalah melibatkan pengendali rangkaian, penyedia penyelesaian Internet benda (IoT) dan pembangun teknologi termasuk penyelesaian untuk penjagaan kesihatan, pertanian, pembangunan bandar pintar, teknologi dron, pengawasan dan banyak lagi faedah khususnya bagi komuniti B40 serta industri.

“MRANTI akan menjadi nukleus untuk pembangunan dan penggunaan meluas aplikasi kemasyarakatan dan sektoral transformatif menggunakan generasi akan datang teknologi.

“Pelancaran Pusat Pengalaman 5G ini adalah satu langkah signifikan sebagai jalan pintas menuju kepada inovasi baharu yang akan menambah baik cara hidup, bekerja serta bermain berasaskan data. Ia direbentuk untuk prototaip, ujian dan pembangunan yang mana akan melengkapkan bilangan kemudahan inovasi 5G yang semakin meningkat dalam negara,” ujarnya ketika majlis pelancaran di sini, pagi tadi.

Menurut penyelidikan industri, penggunaan 5G dijangka memberikan potensi peningkatan Keluaran Dalam Negari Kasar (KDNK) sebanyak kira-kira RM122 billion dan 750,000 pekerjaan baharu menjelang tahun 2030.

Sebelum ini, rangkaian 5G negara dijangka mencapai liputan 80 peratus menjelang akhir tahun ini. Namun, Persatuan Sistem Global untuk Komunikasi Mudah Alih (GSMA) mendedahkan bahawa kadar penggunaan 5G hanya satu peratus walaupun mencapai hampir 50 peratus liputan populasi.

“Pusat Pengalaman 5G MRANTI ialah pusat 5G pimpinan kerajaan pertama yang menawarkan prototaip, ujian, demo dan kawasan makmal dengan kelajuan sehingga 1GBps, untuk aplikasi industri dan kes penggunaan mengikut sektor menegak untuk dipamerkan.

“Dengan daya pemprosesan yang lebih tinggi serta kependaman ultra-rendah, 5G menawarkan kelajuan sehingga 50 kali lebih pantas, sepuluh kali lebih responsif dan sambungan kuasa yang jauh lebih rendah daripada 4G. Dengan ini, masa dan kitaran pembangunan untuk inovator kes penggunaan 5G dijangka bertambah baik,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Dzuleira Abu Bakar berkata, pelbagai sesi pengetahuan 5G perusahaan dan bengkel untuk inovasi industri akan dilancarkan untuk inovator, penyelidik, universiti dan industri dalam usaha membina saluran paip bakat untuk menyokong pertumbuhan teknologi termaju.

“Kami menyedari bahawa mempunyai bukti konsep adalah salah satu langkah untuk memenangi keyakinan perusahaan untuk penggunaan 5G dan ujian nasional mendorongnya, dan kami berhasrat untuk menyalurkan sebanyak mungkin daripada ini untuk dikomersialkan.

“Saya ingin mengalu-alukan para inovator, penyedia perkhidmatan infrastruktur, syarikat telekomunikasi dan perusahaan yang ingin bekerjasama dalam program, bekerjasama untuk membangunkan bukti konsep 5G, menguji atau mempamerkan penyelesaian 5G atau belajar tentang 5G yang digunakan untuk berhubung dengan kami,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis pelancaran, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Teknologi Mosti, Datuk Tan Sri Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Ketua Setiausaha Mosti, Datuk Tan Sri Aminuddin Hassim serta barisan rakan strategik program.

Sehubungan itu, beliau juga menyeru mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dalam program berkenaan untuk berhubung dengan MRANTI dan menempah slot untuk lawatan tapak di pautan https://mranti.my/mranti-park/facilities/living-lab/5g-booking. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI