fbpx

Tersingkir, Farhan Shah rasa juri tak suka dirinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta Singapura. Farhan Shah akur tersingkir daripada persaingan Big Stage musim kelima (BS5).

SHAH ALAM – Peserta Singapura, Farhan Shah akur dengan keputusan juri menggunakan kuasa Imuniti X yang mengakibatkan perjalanannya di pentas Big Stage Musim 5 (BS5) terhenti hanya setakat minggu keenam, malam tadi.

Kata penyanyi berusia 31 tahun itu, dia dapat sepertinya dapat menjangka tersingkir selepas meraih markah terendah daripada Aina Abdul pada persaingan minggu lalu yang dirasakan seolah-olah juri terbabit tidak menyukainya.

“Minggu lepas saya keliru kenapa dapat markah paling rendah daripada Aina, jadi saya cuba cari kesalahan saya, tapi saya rasa saya tak patut dapat 39 markah.

“Dari situ saya sudah dapat agak yang saya akan tersingkir. Minggu lepas lagi saya dapat rasa yang Aina tak suka saya.

“Mungkin (tak suka) dari segi vokal atau pun persembahan,” katanya usai konsert minggu keenam yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Membawakan lagu Fighter, juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul menggunakan kuasa Imuniti X bagi mengekalkan duo, Dem Lepak Boyz yang mendapat undian terendah peminat.

Seorang lagi peserta di tiga tangga terbawah, Firdaus Rahmat, turut terselamat daripada penyingkiran, sekali gus dapat meneruskan perjuangan dalam konsert ketujuh.

Begitupun, bekas peserta Singapore Idol itu menganggap penyingkiran tersebut tidak mematahkan semangat, sebaliknya ingin terus mengembangkan kerjaya seni di Malaysia.

“Saya anggap penyingkiran ini bukan hari terakhir, tetapi hari pertama saya memulakan kerjaya seni di Malaysia.

“Saya berjanji akan berikan yang terbaik dan menghasilkan lebih banyak lagu untuk pasaran Nusantara, baik Singapura, Malaysia atau Indonesia. Insya-Allah,” ujarnya.

Sementara itu, peserta Indonesia, Waode terus berada di tangga teratas persaingan dengan 95.67 peratus selain mencatat sejarah program tersebut apabila diberikan markah penuh 100 peratus dari Aina.

BS5 turut diserikan kehadiran penghibur popular seberang, Datuk Seri Rossa selaku juri undangan, manakala Aeril Zafrel pula duduk di kerusi Presiden Netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI