fbpx

Politeknik, institut kemahiran bukan biasa-biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pertimbangkan untuk masuk politeknik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) atau Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) sebelum mohon Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Menerusi saranan seorang guru Mohd. Fadli Mohamed Salleh yang aktif di media sosial berkata, peluang pekerjaan yang ada sangat banyak untuk pelajar yang memilih menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran.

“Politeknik dan ILKKM ni bukan biasa-biasa. Kalau ILKKM, siap dapat elaun bulan RM800 lagi. Elaun tau, bukan pinjaman PTPTN. Peluang pekerjaan pun mudah. Pertimbangkanlah ya,” katanya dalam hantaran Facebook.

Meninjau ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat Mohd. Fadli.

“Di politeknik, pelajar banyak buat latihan. Sebab itulah, kebanyakan pelajarnya cekap dan mahir. Anak saya pernah ditawarkan kerja tetap sebelum degree sebab ada sijil diploma dari politeknik,” Kata Fadhilah.

“Waktu saya kerja dengan Jabatan Tenaga Kerja pada tahun 2008-2019, saya kena berucap di sekolah-sekolah. Saya akan bagitahu anak-anak, kalau tak boleh masuk IPTA, boleh cuba masuk kemahiran.

“Dalam pasaran pekerjaan, permintaan untuk kemahiran ni sentiasa ada. Skil yang ada boleh bantu kita untuk kembangkan lagi kerjaya bahkan mudah buat ‘job’ (kerja) sendiri,” kata Sayuti pula.

Selain bersifat praktikal, pemberian elaun dan juga kadar yuran yang rendah juga adalah antara daya tarikan bidang kemahiran.

“Kolej Professional MARA adalah antara pilihan yang amat sesuai untuk pelajar dari keluarga B40. Pelajar juga tidak perlu pening kepala menanggung hutang PTPTN selepas tamat belajar kerana yuran pengajian ditanggung oleh MARA.

“Bukan itu sahaja, ada elaun bulanan dan kemudahan asrama. Hal-hal kebajikan pelajar juga diambil berat oleh pihak kolej. Pelajar yang cemerlang juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke luar negara,” kata Zalinah.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 4,300 tanda suka dan 475 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI