fbpx

PM minta rakyat beri ruang kepada kerajaan melakar pembangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan di Butterworth Arena, malam tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat memberi ruang kepada kerajaan dalam melakar kerangka dasar pembangunan negara berdasarkan teras Malaysia Madani.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, apa sahaja gagasan dilontarkan atau prinsip dibicarakan kerajaan seperti rahmah dan amanah boleh diterima bukan sahaja kepada masyarakat Islam, tetapi juga bukan Islam.

“Malah, saya juga telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk lebih memainkan peranan agar selari dengan pembangunan dan pentadbiran negara demi kemaslahatan umat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan beliau berkesempatan merasmikan Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan di Butterworth Arena.

Menurut beliau, majlis itu memberi ruang dan kesempatan untuk terus meningkatkan kefahaman al-Quran.

“Kitab suci ini seharusnya dimanfaatkan dengan membaca, menggali muhazab dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI