fbpx

Gadis pengsan didakwa ditampar teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan wanita pengsan dipercayai ditampar teman lelaki

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seorang wanita terbaring di atas jalan selepas didakwa ditampar teman lelaki tular di laman TikTok dalam satu insiden yang dipercayai berlaku di Cameron Highlands.

Video yang berdurasi 30 saat itu kini sudah mendapat 105,000 tanda suka dan 5,692 komen sejak dimuat naik pemilik akaun bernama @AbAmSeJuKbEkU.

“Tolong jaga hati perempuan juga ya. Siapa suruh tampar ‘marka’ (teman wanita) sendiri, lepas tu takut pula,” tulisnya pada kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna yang tertanya-tanya punca sebenar pergaduhan pasangan tersebut.

“Boleh tak nak tahu, budak lelaki tu tampar sebab apa? Jangan dengar sebelah pihak sahaja. Zaman sekarang fitnah berleluasa,” kata seorang pengguna.

Tidak ketinggalan, ada juga yang menitip pesan agar mangsa tidak mudah terpedaya dengan lelaki kaki pukul dan cepat-cepat membuat laporan polis

“Dah sedar nanti jangan lupa ‘report’ polis,” kata Nora.

“Dulu, aku kena macam inilah. Masa ‘couple’ (bercinta) dia dah mula angkat tangan. Katanya, lepas kahwin akan berubah. Tetapi, lepas kahwin lagi teruk. Alhamdulillah, sekarang dah berpisah,” kongsi Ifah pula.

“Angkat kaki cepat-cepat. Jangan beri peluang walau dia (teman lelaki) menangis, melutut sekalipun,” kata seorang lagi pengguna.

Bagaimanapun, menurut video susulan yang dimuat naik pengguna yang sama, pasangan tersebut dipercayai sudah berbaik semula dan meminta @AbAmSeJuKbEkU untuk menarik semula video tersebut kerana takut mengundang salah faham.

Namun, video tersebut masih boleh ditonton hingga hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI