fbpx

Tuchel tidak bimbang nasib bersama PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL berdepan tekanan apabila PSG tewas dalam dua daripada tiga aksi setakat ini. - AFP

LEIPZIG – Pengendali Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel mengakui bahawa beliau tidak risau mengenai masa depannya bersama pasukan itu selepas berdepan kekalahan kedua di Liga Juara-Juara apabila tunduk 1-2 kepada RB Leipzig awal pagi semalam.

Segalanya dilihat cukup sempurna buat jaguh Perancis itu apabila mendahului perlawanan seawal minit keenam menerusi Angel Di Maria dan mereka berpeluang mengukuhkan kedudukan tetapi pemain antarabangsa Argentina itu gagal menyempurnakan sepakan penalti 10 minit kemudian.

Mereka akhirnya dihukum dengan jaringan Christopher Nkunku tiga minit sebelum babak pertama berakhir dan Leipzig menjaringkan gol kemena­ngan menerusi Emil Forsberg yang menyempurnakan sepakan pe­nalti pada minit ke-57.

Perlawanan tersebut juga dicemari dengan insiden la­yangan kad merah kepada dua pemain PSG, Idrissa Gueye dan Presnel Kimpembe pada separuh masa kedua sekali gus merencatkan aksi mereka.

“Para pemberita di Perancis sering mengatakan bahawa kedudukan saya dalam bahaya sejak tiba di sini, tetapi saya tidak tahu mengapa.

“Ia tidak akan menyebabkan tugas saya dan keseluruhan pasukan ini berubah. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan yang perlu dilalui oleh jurulatih di Paris. Saya tidak ada masalah mengenai perkara itu.

“Kami tidak menjangkakan untuk memenangi semua perlawanan, kami sedar kemungkinan yang perlu dihadapi apabila turun beraksi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI