fbpx

Menangis lihat isteri bertarung nyawa lahirkan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memperlihatkan detik-detik isterinya yang bersalin anak pertama.

PETALING JAYA – Seorang suami berkongsi pengalaman saat isterinya bertarung nyawa ketika melahirkan anak pertamanya baru-baru ini.

Perkongsian menerusi Facebook pemilik Azroy Azizi, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya yang kini bergelar seorang bapa.

“Ini merupakan pengalaman saya mempunyai anak pertama dan isteri bertarung nyawa hampir 10 jam ketika itu,” katanya.

Menurutnya, melihat keadaan isterinya yang sedang dalam kesakitan, membuatnya menangis.

“Dari pukul 9 pagi, isteri layan kontraksi, sakit tidak boleh hendak cerita dekat sini hanya air mata dan suara tangisan kedengaran.

“Kita yang tengok, sampai mengalir air mata,” katanya.

Tambahnya, isterinya terpaksa menjalani pembedahan selepas itu.

“Doktor cakap kena bedah. Isteri sudah tiada tenaga sebab sudah lapan jam bertarung nyawa di bilik bersalin.

“Akhirnya, selepas menandatangani persetujuan, isteri pun dikejarkan ke bilik bedah dan pembedahan memakan masa selama satu jam.

“Alhamdulillah, bayi dan ibu selamat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI