MARANG – Sebuah premis perkakasan musnah dalam kebakaran di Wakaf Tapai, di sini hari ini, pada pukul 1.41 tengah hari itu melibatkan dua lot premis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPB) Wakaf Tapai, Hambali Mohamad berkata, kedai perkakasan terbabit terletak di sebuah bangunan premis perniagaan setinggi tiga tingkat.
“Kemusnahan melibatkan 80 peratus di mana seramai 29 anggota bomba dari tiga BPB iaitu Wakaf Tapai, Kuala Berang dan Kuala Terengganu terlibat dalam operasi pemadaman terbabit,” katanya, di sini hari ini.
Hambali berkata, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku dan api kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.26 petang. – KOSMO! ONLINE