fbpx

Disaman restoran susyi RM2.2 juta kerana jilat jari, botol kicap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman video yang menunjukkan seorang remaja menjilat botol kicap dan pinggan susyi di Gifu menjadi tular di Jepun. - @bakusai_com/Twitter

TOKYO – Sebuah rangkaian restoran susyi di Jepun menyaman seorang pelajar sebanyak 67 juta yen (RM2.2 juta) selepas rakaman video di media sosial menunjukkan dia menjilat jarinya sebelum menyentuh pinggan makanan itu ketika ia berada di atas mesin penghantaran yang bergerak secara automatik, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Jumlah pelanggan syarikat Akindo Sushiro Co., yang mengendalikan rangkaian restoran Sushiro mendakwa mengalami kejatuhan mendadak selepas rakaman video mengenai perbuatan remaja berkenaan di sebuah restorannya di bandar Gifu menjadi tular, lapor stesen penyiar Jepun, NHK.

Rakaman video itu juga menunjukkan remaja tersebut menjilat botol kicap dan cawan yang kemudiannya diletakkan semula ke atas tempat penyediaan peralatan tersebut.

Klip video pendek itu dikongsi secara meluas di Jepun sebelum ini selepas ia dimuat naik pada Januari lalu yang menjadi punca kepada wujudnya istilah ‘keganasan susyi’.

Istilah itu digunakan secara meluas bagi merujuk kepada tindakan tidak bersih di restoran susyi Jepun. 

Syarikat Akindo Sushiro Co. memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Daerah Osaka. 

Ia mendakwa telah mengalami kerugian kira-kira 16 bilion yen (RM529 juta) berikutan tularnya video itu sehingga menyebabkan bilanggan pelangannya jatuh mendadak. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI