fbpx

Suami tikam isteri kerana enggan beri ‘password’ Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang isteri meninggal dunia akibat ditikam suami di rumah mereka di Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan, semalam. - Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki di Ogan Komering Ulu, wilayah Sumatera Selatan menikam isterinya hingga mati selepas berbalah mengenai kata laluan Facebook milik mangsa, lapor laman berita Kompas semalam.

Kejadian berlaku di rumah mereka kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan) semalam dan ia bermula selepas si suami menuduh isterinya berlaku curang dengan lelaki lain.

Si suami meminta kata laluan Facebook milik isterinya tetapi mangsa enggan memberikan kepadanya.

Kemuncak kepada perbalahan itu adalah si suami menikam isterinya berkali-kali menggunakan pisau sebelum dia melarikan diri.

Mangsa yang mengalami luka parah di perut sempat mengekori suaminya tetapi terjatuh di ruang tamu rumah sebelum meninggal dunia.

Seorang pegawai polis tempatan, Budhi Santoso mengesahkan insiden itu dan memaklumkan kes tersebut sedang disiasat manakala suspek sedang diburu. -AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI