fbpx

Afizi hampir jelmakan podium buat Pink Racing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFIZI cemerlang menduduki tempat kelima pada perlumbaan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Sepang Selatan semalam.

PELUMBA Tobaki Pink Racing, Afizi Supaat membuktikan kemampuannya apabila berjaya meloloskan diri dengan menamatkan saingan di tempat kelima pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Sepang Selatan semalam.

Pada perlumbaan Pusingan 4 tersebut, Afizi yang memulakan saingan di petak ke-15 mempamerkan tunggangan yang cukup baik sejurus berjaya memintas beberapa pelumba di hadapannya.

Pada pusingan terakhir, perlumbaan semakin sengit dan Afizi yang berada dalam kelompok hadapan bijak mencari ruang untuk lolos ke kedudukan ketiga selepas berlaku beberapa insiden kemalangan.

Biarpun berpeluang untuk menaiki podium, Afizi akur mengakhiri saingan tempat kelima sekali gus mengutip 11 mata berharga selepas perlumbaan itu dimenangi Izzat Zaidi Salehan dari pasukan Petronas Yamaha Sprinta-CKJ Racing.

“Pada dua pusingan terakhir saya lihat ada peluang dan saya cuba dekat dengan kelompok hadapan. Strategi saya berjaya terutama ada beberapa pelumba hadapan saya terlibat dalam kemalangan.

“Saya ambil peluang itu dan berjaya berada di kedudukan ketiga. Tetapi, sayang jentera saya mula hilang kekuatan selepas dipintas Nazirul Izzat dari pasukan Maju Motor dan juga Helmi Azman (SCK Honda).

“Apapun saya gembira kerana berjaya menepati sasaran untuk berada kedudukan lima terbaik di Sepang. Apapun terima kasih pasukan dan mekanik menyediakan jentera cukup baik minggu ini,” katanya kepada Kosmo! sejurus tamat perlumbaan.

Lebih manis, rakan sepasukan Afizi, Harith Farhan Baharin berjaya mengutip mata pertama musim ini selepas mengakhiri perlumbaan tempat ke-13 sekali gus meraih tiga mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI