fbpx

Musang king di Kampung Baru, Chow Kit RM25 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHID menunjukkan durian musang king yang dijualnya pada harga RM28 sekilogram di Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Durian musang king yang sebelum ini dijual dengan harga yang tinggi kini turun kepada RM25 sekilogram.

Hasil tinjauan Kosmo! di sekitar bandar raya Kuala Lumpur mendapati, harga raja buah itu semakin menurun berbanding tahun lalu.

Menurut peniaga durian musang king, Rashid Sidek, 49, berkata, harga musang king kini lebih murah dan dijual mengikut gred tertentu.

“Gred C boleh didapati de­ngan harga RM28 sekilogram berbanding tahun lalu yang boleh mencecah sehingga RM38 sekilogram,” katanya ketika ditemui di Kampug Baru, di sini baru-baru ini.

Katanya, stok durian kini juga lebih mudah didapati oleh peniaga dan dia mengambil bekalan dari Sungai Ruan, Raub di Pahang.

“Alhamdulillah permintaan tinggi, buah pun senang dapat jadi harganya mampu untuk semua,” katanya.

KAMARUDIN (kanan) tidak menang tangan melayang pelanggan yang hadir ke gerainya di Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seorang lagi peniaga di Chow Kit, Kamarudin Keman, 60, berkata, durian tempatan sentiasa menjadi pilihan orang ramai.

Katanya, dia mengambil musang king dari Raub dan dijual pada harga berpatutan.

“Kebanyakan durian yang kami jual diambil dari Raub. Saya akan jual dengan harga sekitar RM25 sehingga RM30 mengikut permintaan,” katanya.

Tambahnya, dia juga sering menawarkan harga yang lebih murah terutama kepada warga tempatan dan pemborong.

“Saya suka beri diskaun, terutama jika pembeli atau pemborong meminta harga murah, kita berikan saja,” katanya.

Malah, hasil tinjauan mendapati, permintaan terhadap raja buah itu juga semakin meningkat sejak beberapa minggu ini.

Penjual durian, Saiffudin Bakar, 53, berkata, ramai pembeli mula memborong durian dengan kuantiti yang banyak.

“Ramai sangat yang suka de­ngan durian. Lebih-lebih lagi sekarang ini memang sudah musim. Ada yang sampai habis sehingga RM500 sekali beli,” katanya.

Tambahnya, warga asing termasuk pelancong-pelancong juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba kelazatan dan rasa eksotik raja buah ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI