fbpx

Pemuda UMNO beri amaran kepada Ahli Parlimen DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pemuda UMNO hari ini memberi amaran tegas kepada Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Ia ekoran soalan lisan yang dikemukakan oleh pemimpin DAP tersebut dalam sidang Dewan Rakyat pada 8 Jun lalu.

“YB Ngeh Koo Ham walaupun ini hanyalah berbentuk soalan yang dikemukakan di Parlimen, tetapi amaran kami jelas.

“Jangan mulakan,” kata Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Muhamad Akmal turut berkongsi di akaun Facebook soalan lisan yang dikemukakan Koo Ham di Dewan Rakyat pada 8 Jun lalu.

Soalan itu berkisar tentang bagaimana perkahwinan seorang warga Malaysia beragama Islam yang berkahwin dengan seorang bukan Islam di luar negara secara sah apabila balik ke Malaysia dapat diiktiraf di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI