fbpx

PM ucap tahniah kepada skuad Cerebral Palsy, atlet para negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu dengan skuad bola sepak para Cerebral Palsy negara yang memperoleh pingat emas pada Sukan Para ASEAN.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak para Cerebral Palsy negara.

Menurut Anwar, beliau berkesempatan bertemu skuad bola sepak tersebut yang memenangi pingat emas pada Sukan Para ASEAN selepas menewaskan pasukan Indonesia.

“Saya ucap tahniah kepada mereka dan berharap agar prestasi cemerlang ini dapat diteruskan.

Ucapan tahniah juga ditujukan buat kontinjen Malaysia keseluruhannya yang mempamerkan aksi yang sangat baik sepanjang temasya berlangsung,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Atlet para Malaysia melakar kejayaan membanggakan pada Sukan Para ASEAN Kemboja apabila membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa.

Skuad bola sepak para Cerebral Palsy turut menggondol ibu segala pingat dengan menewaskan seteru utama, Indonesia dalam perlawanan akhir menerusi sepakan penalti dengan keputusan 3-1, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI