fbpx

Asraruddin ‘hilang’ di Malaysia berada di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Asraruddin Putra kini berada di Mekah

MEKAH – Tanda tanya mengenai ‘kehilangan’ Mohd. Asraruddin Putra Omar daripada radar bola sepak negara terjawab apabila dia kini memilih untuk menetap di Mekah bagi mencari erti kehidupan, menabur bakti selain berhasrat meninggal dunia di bumi penuh berkat itu.

Lebih membahagiakan apabila bekas pemain kebangsaan itu bertemu jodoh dengan gadis kelahiran Gong Badak, Terengganu, Tengku Nurliyana Tengku Azlan, 35, ketika menemani rakannya bertemu seseorang di kawasan Masjidilharam.

Dia bernikah dengan jururawat di Jeddah itu pada 13 Mei lalu. Majlis perkahwinan berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.

Kosmo! yang berjaya menjejaki keberadaan Asraruddin, 35, di sebuah perkampungan di sini ternyata mengejutkan bekas pemain JDT tersebut kerana dia tidak membuat hebahan mengenai keputusannya menetap di situ mahupun bersara daripada bolasepak.

Cerita bekas pemain handalan itu, dia tidak lagi boleh beraksi selepas mengalami kecederaan lutut kiri yang membataskan kelincahannya selaku pemain pertahanan.

“Saya cuba untuk bermain tetapi impak sakit itu membuatkan saya tidak boleh beraksi secara berterusan. Saya agak terkejut dengan apa yang berlaku dan terfikir mungkin sudah tiba saya bersara kerana Allah mahu memberi rezeki dalam bidang lain.

“Ketika itulah saya terfikir untuk tinggal di Mekah bagi memenuhi impian saya sejak berusia lapan tahun. Saya banyak mendengar cerita keseronokan tinggal di situ daripada keluarga saya dan menonton di televisyen,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI