fbpx

PRN: Menteri Besar Kelantan dijangka umum tarikh bubar DUN Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Yakob

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dijangka akan membuat pengumuman tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Rabu ini.

Ahmad berkata, beliau mengakui ramai pihak masih ternanti-nanti pengumuman tarikh berkenaan berikutan terdapat negeri-negeri yang dikatakan sudah menetapkan tarikh pembubaran DUN masing-masing.

“Insya-Allah, saya akan membuat pengumuman berkenaan (tarikh pembubaran DUN) selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada Rabu ini.

“Saya harap semua pihak bersabar menantikan hari tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu berkata, mesyuarat berkenaan akan turut membincangkan perkara-perkara lain termasuk persediaan menghadapi PRN nanti.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI