fbpx

Hajat arwah ibu tercapai lihat Muhammad Syahril dapat 11A SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syahril (belakang, kanan) mengusung jenazah ibunya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati, Jelawat dekat Bachok hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

BACHOK – Hajat ibu untuk melihat anak memperoleh keputusan cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas menjaganya yang terlantar akibat penyakit saraf akhirnya tercapai sebelum dia menghembuskan nafas malam tadi.

Muhammad Syahril Saidi, 18, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Beris Lalang sebelum ini tular selepas pengorbanannya menjaga dan menyantuni ibu, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, apabila turut berjaya memperoleh keputusan 11 A dalam SPM yang diumumkan pada Khamis lalu.

Nenek saudaranya, Zainab Otman, 58, berkata, Muhammad Syahril merupakan anak yang sangat bertanggungjawab dan tidak pernah mengeluh untuk menjaga ibunya yang terlantar sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, Muhammad Syahril dan lima adik beradiknya yang lain turut berkorban masa menjaga ibu mereka yang sakit sejak kematian bapa 11 tahun lalu.

“Keputusan cemerlang Muhammad Syahril dalam SPM merupakan hadiah bermakna buat ibunya. Arwah Tuan Faridah amat terharu di atas keputusan SPM sebelum dia menghembuskan nafas kira-kira pukul 8.40 malam tadi.

“Dia juga pergi dengan tenang. Alhamdulillah, semuanya telah selesai dengan baik dan kami juga reda dengan pemergian arwah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah keluarga Muhammad Syahril di Kampung Kandis di sini hari ini.

Jenazah allahyarham Tuan Faridah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati, Jelawat di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI