PETALING JAYA – Kira-kira RM1 juta lagi diperlukan untuk membantu bayi 15 bulan dikenali sebagai Muhammad Athif Fahri yang menghidap Spinal Muscular Altrophy (SMA) Type 1.
Yayasan Misi Rakyat dalam satu hantaran memaklumkan, berbaki lima hari lagi misi untuk mengumpul dana sebanyak RM9 juta bagi membantu bayi itu mendapatkan ubat Zolgensma (Gene Therapy).
“Tinggal lima hari lagi, tak cukup lagi RM1,200,000.
“Tolong sebarkan kepada semua, kita nak cuba dapatkan ubat Athif secepat mungkin,” katanya.
Peluang bayi dalam kondisi serupa untuk hidup menjangkau umur dua tahun amat tipis jika tidak diberikan ubat Zolgensma yang harganya mencecah USD2.1 juta bersamaan dengan lebih RM9 juta.
Difahamkan, Athif kini bergantung kepada ubat sementara dengan kos RM40,400 sebulan.
Terdahulu, Yayasan Misi Rakyat berjaya mengumpul dana bagi membantu bayi yang menghidap penyakit sama iaitu Wan Muhammad Naail atau Naail. – KOSMO! ONLINE