fbpx

KKM bincang semula keputusan hentikan penajaan bidang perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Zaliha ketika hadir sempena Majlis Perasmian Kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) 2023 di Hotel Lexis, di sini, hari ini. FOTO/ MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON – Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung keputusan menghentikan penajaan jabatan berkenaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, keputusan itu adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat kementerian pada tahun 2019, namun berkemungkinan terdapat perubahan-perubahan baharu berlaku selepas Covid yang perlu diberikan perhatian.

Menurutnya, perbincangan itu antara lainnya mungkin boleh dilihat kepada pembentukan polisi-polisi baharu dan pihaknya akan meneruskan perbincangan berkaitan isu tersebut.

“Saya maklum tentang perkara tersebut (henti penajaan bidang perubatan, pergigian dan farmasi) dan ia berdasarkan kepada kajian yang dibuat pada 2019. Jadi kita telah berbincang dengan pihak atasan untuk melihat dan mengkaji kembali keputusan yang dibuat oleh JPA.

“Kajian yang telah dibuat tahun 2019, ada perubahan-perubahan yang berlaku selepas Covid-19 ini. Mungkin ada perkara-perkara baharu yang boleh kita lihat balik daripada kajian tersebut. Apa pun kita akan terus buat perbincangan juga tentang perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) 2023 di Hotel Lexis, di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI