fbpx

Hidup dalam kebimbangan rumah hampir roboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHARI menunjukkan keadaan rumah yang menanti roboh di Klang baru-baru ini.

KLANG – Disebabkan kesempitan hidup, sebuah keluarga terpaksa mendiami rumah yang daif, rosak dan menanti masa untuk roboh.

Menurut pemiliknya, Johari Mat Noor, 66, kediaman yang berusia lebih 30 tahun itu adalah satu-satunya rumah dimiliki untuk tempat berteduh bersama isteri dan anak bongsu lelakinya yang masing-masing berusia 67 dan 29 tahun.

Katanya, keadaan kayu yang tidak kukuh menyebabkan dua bilik tidur roboh baru-baru ini dan bahagian itu tidak ubah se­perti kolam tadahan setiap kali hujan ekoran ketiadaan bumbung.

Ujarnya, dia pernah mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM20,000 bagi tujuan pembaikan rumah tersebut.

“Namun, wang itu hanya mencukupi untuk membaik pulih ruang tamu dan dapur termasuk bumbung. Ini berikutan banyak kayu telah reput dimakan anai-anai.

“Bahagian tengah rumah pula mengalami kerosakan teruk sejak beberapa tahun, termasuk bumbung. Hendak baiki memang tiada wang lagi,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Johari bekerja sebagai pemunggah barang di Pelabuhan Klang secara kontrak lebih 20 tahun lalu dengan pendapatan secara purata RM50 sehari.

Katanya, dia hanya akan be­kerja sekiranya dipanggil majikan panggil.
Ujarnya, kalau tidak ada kerja pada hari-hari tertentu, dia ha­nya duduk di rumah.

Menurutnya lagi, kerosakan yang dialami itu memaksa mereka tiga beranak berkongsi satu bilik tidur sejak lima tahun lalu bagi meneruskan kehidupan.

“Memang pening kepala apabila memikirkan nasib diri yang tidak mampu untuk membaiki rumah sendiri.

“Saya pernah memohon bantuan daripada beberapa agensi kerajaan bagi tujuan pembaikan rumah, namun tidak mendapat maklum balas seperti diharapkan atas sebab-sebab tertentu,” katanya.

Justeru, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun Alliance Bank 62195-0-02-000768-1 atas nama Johari Mat Noor atau ­menghubunginya di talian 016-401 9702.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI