fbpx

Seorang maut, bot karam di Pantai Bagan Lalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa lemas akibat bot karam di Pantai Bagan Lalang tengah hari tadi.

SEPANG – Seorang lelaki lemas manakala tujuh yang lain selamat apabila bot dinaiki mereka karam di Pantai Bagan Lalang, di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang juga pengendali bot dikenali sebagai Ang Tong Poh, 67, ditemui lemas kira-kira tiga kilometer (km) daripada lokasi bot karam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor menerusi kenyataan berkata, insiden berlaku ketika bot dinaiki mangsa dalam perjalanan dari jeti Sepang Kecil ke kelong Haji Nazri.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.27 petang daripada pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Kami mendapat laporan bahawa sebuah bot pancing dinaiki lapan lelaki dewasa telah karam. Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira 2.40 petang, tujuh mangsa diselamatkan oleh nelayan yang kebetulan berada di kokasi kejadian.

“Bagaimanapun, mangsa yang juga pengendali bot berusia 67 tahun dipercayai hilang sebelum misi mencari dan menyelamat dilakukan,” katanya hari ini.

Ujarnya, mangsa kemudiannya ditemui terdampar di hutan bakau oleh penduduk pada pukul 3.30 petang tadi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Difahamkan, mangsa yang selamat dikenali sebagai Norazahar Kamarudin, 41, M.Nurzulhusmil Haikal, 30, Mohd Farid Jaafar, 48, Mohd Rosli Mat Nor, 34, Syed Mohd Azri, 35, Farish, 16 dan pemilik kelong, Nazri, 50 an. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI