fbpx

Pemandu gagal ‘sempurna’ ujian memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta itu melanggar tiang lampu sebelum terbalik ketika pemandunya menjalani ujian memandu di Lanus pada Rabu lalu. - Foto Lanus Goverment

BUENOS AIRES, Argentina – Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik kereta dipandu oleh seorang wanita yang sedang mengambil ujian memandu, melanggar sebatang tiang lampu di Lanus, Argentina, lapor portal berita Metro.co.uk.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu, manakala rakaman tersebut tersebar di media sosial.

Rakaman CCTV menunjukkan kereta itu gagal membelok ke kanan dengan sempurna dan pemandunya gagal mengawal kenderaan. Kereta itu sebaliknya bergerak laju dan merempuh tiang lampu sebelum terbalik.

Anggota-anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan pemandu wanita itu selepas kemalangan berlaku, demikian menurut media tempatan.

Mangsa yang dihantar ke sebuah hospital berdekatan bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI