SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, jarang sungguh melihat kelibat Fatin Afeefa muncul dalam mana-mana acara hiburan.
Bukan hanya Diva, ramai juga yang tertanya-tanya mengapa dia sudah tidak lagi muncul dalam mana-mana drama atau filem.
Iyalah, pelakon yang bagus, pasti ramai akan merindui kemunculan mereka dalam televisyen.
Selain teka-teki statusnya sebagai pelakon, ada juga yang tertanya-tanya sama ada dia sudah bertudung sepenuhnya sejak menunaikan umrah beberapa bulan lalu.
Persoalan itu kerap juga berlegar-legar dalam media sosial memandangkan Fatin beberapa kali muncul dengan imej bertudung dalam siaran langsung TikTok.
Foto-foto terbaharunya dalam Instagram juga memaparkan imejnya yang bertudung. Mungkin Fatin sudah berhijab cuma tidak mahu heboh-heboh. Harap kekallah dengan imej begitu.
Banyak sungguh ‘misteri’ mengenai Fatin yang belum terjawab. Harap Fatin kembalilah aktif dalam dunia lakonan, ramai yang merindui.
DIVA: Makin banyak cerita kurang enak fasal pelakon drama Projek: High Council. Terkena kejutan populariti agaknya.