KEHEBATAN Zul Ariffin sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi termasuk dalam drama terbaharunya, Perempuan Itu yang kini rancak ditayang dalam platform digital.
Namun, di sebalik populariti drama tersebut, ramai juga penonton yang mempertikai cara Zul melontarkan skrip.
Berdasarkan komen penonton, mereka geram dengan Zul yang dikatakan ’kemam’ dialog.
“Sumpah tak faham apa yang Zul Arifin cakap, macam alien (makhluk asing) suara dia.
“Zul tolonglah cakap biar jelas, macam kemam buah rambutan!
“Rasa-rasanya Zul kena pergi kelas komunikasi, belajar cara bercakap,” seloroh netizen.
Diva tak tahu nak cakap apa sebab itu memang keunikan Zul, cuma sebagai pelakon, malah bukan dalam lakonan.
Tapi biasalah, peminat nak artis ikut cakap mereka sahaja. Mungkin ada benda Zul boleh ubah, ada benda yang dia tak boleh buat apa.
DIVA: Bosanlah, setiap kali Ahad, pasti muncul cerita tentang busana pelik Aina Abdul.