fbpx

Lelaki berang dipanggil dayus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DESAS-DESUS orang kampung yang mengatakan Jamal bapa dayus kerana membiarkan anaknya terkinja-kinja di TikTok telah membuatkan Jamal naik angin. –GAMBAR HIASAN

BUKAN mudah untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga, terutama pada zaman serba moden ini.

Selain tanggungjawab menyara dan menafkahkan keluarga terletak di bahu lelaki, segala tingkah laku isteri dan anak juga dikaitkan dengan sifat kepimpinan sang suami.

Bagi lelaki yang dikategorikan sebagai gagal menjadi seorang suami dan ayah, mereka sering dimalukan dengan panggilan dayus.

Jamal (bukan nama sebenar) adalah antara insan yang pernah terpengaruh dengan panggilan yang dianggap mengaibkan lelaki itu.

Panggilan tersebut hampir membuatkan keluarganya porak-peranda kerana perasaan egonya tercalar.

“Saya memiliki anak perempuan bernama Munirah (bukan nama sebenar) yang kini sudah remaja. Sama seperti remaja seusianya, dia memang suka memuat naik video-video mengikut trend di TikTok,” katanya.

Pada mulanya, Jamal tidak memiliki masalah kerana menganggap tindakan anaknya itu masih tidak keterlaluan.

Namun, semuanya berubah apabila dia mula mendengar desas-desus orang kampung yang menggelarkan dirinya sebagai dayus kerana membiarkan anak terkinja-kinja dalam media sosial.

Disebabkan terlalu marah kepada anak perempuannya yang menyebabkan dirinya digelar dayus oleh orang kampung, Jamal nyaris memukul anaknya itu. – GAMBAR HIASAN

Dia mula memberi amaran kepada anaknya supaya tidak berbuat demikian, namun kata-kata itu bagai mencurahkan air ke daun keladi.

“Munirah memang dah padam akaun dia, tapi dia masih lagi terlibat dalam TikTok rakan-rakannya. Saya naik angin sampai hampir memukulnya. Nasib baik isteri saya menahan saya daripada melakukan sesuatu yang mungkin akan menjadi penyesalan terbesar saya,” ujarnya.

Tambah Jamal, isterinya kemudian berkongsi semula gambar-gambar lama ketika dia berusia remaja dalam usaha untuk menenangkan hatinya.

Melihat kepada gambar-gambar tersebut, dia mula bermuhasabah diri kerana dirinya dahulu peminat lagu rock kapak.

Kongsinya lagi, dia juga mengikuti peredaran zaman pada ketika itu iaitu berimej rambut panjang dan seluar ketat.

“Saya sedar, saya bukan marah anak saya kerana tingkah lakunya, tapi saya marah kerana orang menghina maruah saya.

“Anak saya hanya lalui tempoh normal sebagai remaja dan saya harus bersabar membantunya menyelami jiwa muda dan bukan naik tangan.

“Dengan membiarkan kata-kata orang luar memburukkan hubungan saya dan anak, itu lebih dayus,” tuturnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI