fbpx

PAU 2023: Puteri UMNO mampu terbang lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nooryana Najib.

KUALA LUMPUR – Wakil pembahas Pergerakan Puteri UMNO, Nooryana Najwa Najib percaya dengan kebolehan sayap parti tersebut untuk terus ‘terbang’ lebih tinggi dalam membawa peranannya bagi memperkasakan UMNO.

Jelas anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu, ini dapat dilihat apabila hanya dalam masa dua bulan sahaja Puteri UMNO telah berjaya menarik minat golongan wanita muda untuk bersama dengan mereka melalui pendaftaran seramai 4,957 ahli baharu.

“Tuan-tuan dan puan-puan, siapa cakap anak muda tidak lagi minat untuk masuk UMNO? Kalau nak tarik anak muda, ia bermula dengan ‘engagement’.

“Jika ada sesiapa yang dah mula aktif dalam TikTok dan saya tahu ramai termasuk otai-otai UMNO sudah mengikut trend, anda lihat sendiri, Puteri sudah mula masuk FYP (#foryourpage) di TikTok,” katanya pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Tambah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai itu, dia turut meluahkan kebimbangan dengan beberapa trend yang berlaku pada golongan muda masa kini terutama berkenaan isu sambung pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Katanya, trend menunjukkan semakin ramai anak muda tidak mahu menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi serta kadar pengangguran di Malaysia yang mencatatkan sebanyak 200,000 dalam kalangan para graduan.

“Kerajaan harus melabur dalam projek yang boleh membawa pulangan besar. Ini bukan satu pembaziran. Tetapi bayangkan limpahan ekonomi yang bakal dikecapi dari projek-projek ini.

“Contohnya pada tahun 2017, MRT Kajang ke Sungai Buloh hanya satu laluan sahaja dapat menjana sebanyak 130,000 peluang pekerjaan dan berpotensi meningkatkan GNI negara sebanyak RM4 billion,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI