fbpx

11 sekolah Pantai Timur terima dana pendidikan pertanian RM33,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Ahmad Badli (tengah) bersama penerima dana Program Rakan Tani Muda Agrobank di SK Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan hari ini. Foto oleh ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Agrobank menyampaikan dana sebanyak RM33,000 kepada 11 buah sekolah di Kelantan dan Terengganu sempena Program Rakan Tani Muda Agrobank bagi memupuk semangat pelajar menyertai bidang pertanian di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 1 di sini hari ini.

Program yang dilancarkan pada Mac lalu itu berkonsepkan pendidikan pertanian selain menyasarkan penyertaan sebanyak 80 sekolah di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM240,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Agrobank kini dalam usaha untuk membangunkan pendidikan berteraskan pertanian bagi membina keupayaan dan kestabilan sektor pertanian masa hadapan.

Menurutnya, konsep itu bersesuaian dengan elemen kelestarian yang juga sejajar dengan agenda hijau negara di bawah Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.

“Dalam memodenkan projek pertanian, kita perlu bergerak seiring dengan peralihan global ke arah amalan pertanian lestari dan bagi mengalakkan usaha itu, Agrobank turut menganjurkan Pertandingan Rakan Tani Muda yang akan bermula pada bulan ini sehingga September,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Simbolik Penyerahan Dana Rakan Tani Muda Agrobank di SK Sultan Ismail 1 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Badli Shah memberitahu, terdapat empat kategori tanaman yang akan dipertandingkan dalam Pertandingan Rakan Tani Muda iaitu kovensional, fertigasi, hidroponik dan akuaponik.

Menurutnya, antara jenis tanaman yang dibenarkan adalah herba, kontan dan tanaman yang memenuhi elemen sekuriti makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI