fbpx

Sindiket judi haram selindung sebalik restoran, kedai telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUZAMAN (tengah) mengetuai operasi bersepadu bagi memotong bekalan elektrik premis didapati terlibat perjudian haram di Pasir Gudang, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Sindiket perjudian haram di negeri ini dikesan menggunakan pendaftaran perniagaan sebagai sebuah restoran dan kedai telefon untuk menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

Itu antara premis yang didapati telah menjalankan operasi perjudian haram sejak tiga hingga enam bulan lalu di sekitar Pasir Gudang, di sini.

Dalam operasi yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias itu, sebanyak 187 buah premis dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik.

Operasi bersepadu melibatkan kesemua daerah di negeri ini itu dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Seramai 183 pegawai dan anggota polis beserta 63 kakitangan TNB serta 31 penguatkuasa PBT terlibat dalam operasi dijalankan dibawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 itu.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya telah menahan seramai 711 individu sejak 1 Januari lalu hingga hari ini keran terlibat dengan sindiket perjudian haram.

Menurut beliau, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 60 tahun itu ditahan menerusi 632 serbuan dijalankan pihaknya sepanjang tempoh berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI