fbpx

TH tangani masalah jemaah tak boleh tidur, menangis sepanjang malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Ahmad Fahmi

MEKAH – Isu kesihatan kerohanian menjadi salah satu perubatan penting yang disediakan Tabung Haji (TH) bagi menangani masalah yang berlaku dalam kalangan jemaah haji.

Pegawai Perubatan Spiritual, Dr. Ahmad Fahmi Md. Sahray berkata, terdapat kes pesakit mempunyai masalah tidak dapat tidur dan menangis sepanjang malam kerana kehilangan orang disayangi secara berturut-turut.

“Kes sebegini tidak boleh selesai dengan memakan ubat, tetapi perlu dirawat melalui ketenteraman dalamannya. Selepas kita teroka persoalan itu, pesakit dapat melaluinya dan kembali normal.

“Ada juga kes pesakit enggan memakan ubat kerana bimbang kesan ubat berkenaan membuatkan solatnya tidak khusyuk.

“Ia perlu dijelaskan dengan mendalam supaya dia dapat kembali dan menerima kenyataan itu,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Syisyah di sini.

Menurut Dr. Ahmad Fahmi, perubatan spiritual menekankan rawatan kaunseling dan juga keberadaan bersama pesakit dengan penuh belas ihsan bagi memahami dan membantu mereka mengatasi permasalahan yang timbul.

“Rata-rata pesakit yang masuk dalam wad ada komponen yang memberikan tekanan dan kegusaran kepada mereka, perubatan spiritual dapat mengatasi kegusaran tersebut dan menambah kekuatan untuk beribadat,” katanya

Menurutnya, perubatan spiritual adalah pelengkap kepada perkhidmatan kesihatan dan telah diamalkan di negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI