fbpx

Penunggang motosikal maut dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kejadian pokok tumbang sehingga menyebabkan seorang penunggang maut di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke pusat bandar dekat Pulau Pinang awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke Jambatan Pulau Pinang awal pagi tadi.

Mangsa yang merupakan penunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi itu dipercayai turut membabitkan dua kereta jenis Mercedes Benz dan Perodua Myvi serta dua motosikal jenis Yamaha Y15 dan Avantis.

Difahamkan, terdapat tiga mangsa terdiri dua lelaki yang juga penunggang motosikal masing-masing dilaporkan mengalami kecederaan patah paha dan kaki manakala seorang wanita hanya cedera ringan.

Mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis.

Operasi menyelamat mangsa dilakukan oleh pasukan bomba dan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut membantu melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Hafizal Timaradin turut mengesahkan kejadian berlaku dan memberitahu pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.26 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI