fbpx

Cuaca buruk di Selangor, Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan ramalan cuaca buruk yang melanda di beberapa kawasan sekitar Selangor dan Johor sehingga pukul 11 pagi, hari ini.

Menurut MetMalaysia, bagi Selangor, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dijangka melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Selain itu, keadaan yang sama turut berlaku di Johor membabitkan Muar dan Batu Pahat.

“Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI