fbpx

Media seperti tulang belakang Polis Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri Hassan Basri . Foto LIYANA RAMLI/ KOSMO!

IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak menyifatkan peranan media sebagai tulang belakang polis kerana menyampaikan maklumat serta melaporkan kejayaan yang dicapai oleh Polis Perak kepada masyarakat.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, peranan media sebagai medium penyebar maklumat dihargai terutama menyebarkan usaha pihaknya membanteras jenayah termasuk menjaga keselamatan awam.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media yang selama ini menyebarkan bahan-bahan berita sekaligus mendendangkan tentang penugasan anggota saya di bawah sana.

“Kejayaan-kejayaan serta tak lupa juga ada benda-benda yang tak enak didengar pun diutarakan juga. Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana media lah tulang belakang kepada PDRM negeri Perak,” katanya ketika berucap pada program high profile policing – tayangan filem Polis Evo 3 Ketua Polis Perak bersama rakan media negeri di sini, semalam.

Kira-kira 21 pengamal media termasuk Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak, Sayed Mohd Hesham Syed Idris dan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak, Rosli Mansor hadir dalam program itu.

Sementara itu, Mohd. Yusri berkata, bagi polis Perak bukan hanya tema Hari Polis dengan cogan kata Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, tetapi bagi negeri Perak, Polis dan Media juga berpisah tiada.

“Demi memastikan suatu ikatan persahabatan yang erat di antara barisan kepimpinan PDRM Perak dengan rakan sahabat media sekalian, PDRM bukan sahaja mendukung cogan kata Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, tetapi hakikatnya Polis dan Media juga berpisah tiada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI