fbpx

Wartawan bukan sahaja melapor, harus jadi pendorong idea – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap di Majlis Malam Wartawan Malaysia 2023 anjuran MPI- Petronas di Hotel Majestic Kuala Lumpur malam ini - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tugas seorang wartawan bukan sekadar melapor berita, malah harus bertindak sebagai pemimpin dan pendorong idea.

Menurut Anwar, karya yang dihasilkan para wartawan menyumbang kepada pembangunan negara selain membantu mengkomersialkan Malaysia ke seluruh dunia.

“Wartawan harus betul-betul rasa berkarya, menegur, mengkritik serta bebas berpandangan.

“Tugas wartawan itu tidak hanya melapor, tetapi juga memimpin, menjadi pendorong idea. Tidak boleh kita lapor tanpa nilai kerana kehilangan nilai, kelunturan nilai buatkan kita diheret sehingga boleh mencetuskan keruntuhan masyarakat,” katanya ketika berucap di Majlis Malam Wartawan Malaysia 2023 anjuran MPI- Petronas di sini malam ini.

Tambahnya, golongan wartawan juga berperanan sebagai pendidik dalam mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mempunyai minat terhadap membaca bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa.

“Wartawan harus membantu mengangkat martabat bahasa melalui minat membaca menerusi televisyen, akhbar dan perlu tulis dengan yakin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI