fbpx

Walaupun tinggal saya seorang, saya setia dengan UMNO – Tajuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin ketika ditemubual media pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – “Saya setia kepada UMNO, UMNO telah banyak berjasa kepada saya dan saya juga telah banyak berjasa kepada UMNO”.

Itu reaksi bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ketika ditanya tentang masa hadapannya bersama UMNO apabila beliau digantung keahliannya sejak tahun lalu.

Tajuddin menambah, beliau akan tetap setia dengan parti keramat itu walaupun ketika itu hanya tinggal dia seorang.

“Biar saya seorang dalam UMNO ini, saya tidak akan tinggalkan UMNO. Saya telah bersama UMNO lebih 50 tahun, bodohlah saya kalau nak tinggal UMNO begitu sahaja.

“Banyak telah saya korbankan demi UMNO dan saya buat untuk UMNO termasuklah terlibat dalam Penyatuan Ummah (gabungan UMNO dan Pas) sebelum ini,” katanya ketika ditemui ketika hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau pernah menerima tawaran daripada parti lain, Tajuddin memaklumkan dia pernah menerima tawaran terbabit selepas tidak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

“Ada orang call (telefon) saya ketika itu. Kalau saya terima tawaran itu dulu, sayalah Ahli Parlimen Pasir Salak sekarang,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai rayuan penggantungnya oleh UMNO, Tajuddin berkata, beliau telah menghantar tiga kali surat rayuan dengan yang terakhir pada Mac lalu.

Bagaimanapun katanya sehingga kini, tiada keputusan atau maklum balas diterima pihaknya berhubung rayuan tersebut.

“Tak apalah, mungkin Presiden masih sibuk menguruskan hal negara. Kita tunggu sahajalah.

“Tetapi selagi saya tidak dapat ‘keris’ (keahlian) saya semula bagaimana saya nak bantu UMNO terutamanya untuk menghadapi Pilhan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi,” soalnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI