fbpx

Hanya kebakaran kecil di KD Laksamana Mohammad Amin – TLDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran di kapal berkenaan berjaya dipadamkan dalam tempoh 20 minit.

LUMUT – Kebakaran yang berlaku terhadap sebuah kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang menjalani rutin pasang pulih di Grade One Marine Shipyard, Kampung Acheh, Sitiawan, dekat sini, pagi tadi, adalah kebakaran kecil.

Menurut Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Pangkalan TLDM Lumut, kebakaran Kapal Diraja (KD) Laksamana Muhammad Amin itu telah dikesan oleh petugas kapal pada pukul 9.50 pagi.

“Ia berjaya dipadamkan dalam tempoh 20 minit hasil tindakan pantas pihak kapal dengan bantuan pihak limbungan dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Bahagian kapal yang terjejas adalah sebahagian kecil laluan utama, ruangan penginapan belakang dan ruangan simpanan peluru,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Menurut kenyataan itu, sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP) TLDM, ketika kapal menjalani kerja pembaikan di limbungan, semua bahan letupan dipindahkan keluar untuk simpanan
keselamatan.

Jelasnya lagi, kapal itu juga tidak dihuni sepanjang tempoh tersebut melainkan petugas yang melaksanakan rondaan keselamatan setiap masa.

Maklumnya, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan besar berlaku akibat kebakaran itu manakala punca kebakaran dan taksiran kerosakan sebenar hanya boleh diketahui setelah siasatan
oleh JBPM selesai.

Hari ini, akhbar ini melaporkan sebuah kapal milik TLDM yang sedang dibaiki di sebuah limbungan di kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, terbakar pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI