fbpx

SPNB mahu bangun Bandar Madani di Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Husam (dua dari kiri) melihat model rumah sempena Majlis Ramah Mesra dan Taklimat Bersama Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad di Felda Bukit Ramun, Kulai hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

KULAI – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berhasrat untuk membangunkan sebuah Bandar Madani di atas tanah berkeluasan 95 ekar milik sepenuhnya syarikat itu di Pasir Gudang.

Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata, cadangan itu seiring dengan konsep pembangunan Malaysia Madani yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini.

Menurut beliau, bandar tersebut akan menjadi sebuah kawasan kediaman terancang yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.

“Pembangunan kediaman itu akan berkonsepkan campuran iaitu perumahan strata dan juga bertanah, namun pastinya kediaman mampu milik yang berharga bawah RM300,000 seunit.

“Konsep Bandar Madani ini, rumahnya perlu mempunyai keluasan sesuai dengan pelbagai kemudahan yang mesra orang kurang upaya (OKU), mesra warga emas dan juga mesra kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Taklimat SPNB di Dewan Semai Bakti, Felda Bukit Ramun, di sini hari ini. Turut hadir, Penasihat Generasi Kedua Felda Bukit Ramun dan Felda Bukit Sayong, Datuk Mazlan Aliman.

Tambah Husam, beliau telah melakukan lawatan ke lokasi tersebut dan mendapati kawasan itu strategik dan sesuai untuk pembangunan kawasan perumahan terancang baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI