fbpx

AHF punca Speedy Tigers batal perlawanan di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPEEDY Tigers terpaksa menukar perancangan dengan menyertai saingan ACT yang menawarkan mata ranking dunia berbanding aksi persahabatan di Eropah.

SKUAD hoki lelaki negara terpaksa ‘membayar harga mahal’ gara-gara kelewatan peranca­ngan Persatuan Hoki Asia (AHF) mengumumkan penganjuran Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 di Chennai, India dari 3 hingga 12 Ogos depan.

Keputusan itu menyebabkan pelan asal Speedy Tigers untuk berkelana ke Eropah menentang gergasi-gergasi dunia sebagai persiapan akhir sebelum ke Sukan Asia Hangzhou, China pada September depan terpaksa dibatalkan.

Ketua jurulatih skuad negara, A. Arul Selvaraj menjelaskan, beliau tidak boleh mengabaikan ACT 2023 yang akan berlangsung di Stadium Mayor Radhakrishnan kerana ia turut menawarkan pu­ngutan mata ranking dunia.

“Saya sentiasa meminta AHF supaya merangka program setahun awal supaya kita boleh menyusun perancangan. Sebulan dua tiba-tiba ada program (ACT), susah untuk buat sebab ada lima minggu sahaja sebelum ke Sukan Asia.

“AHF buat perancangan saat akhir, sama seperti Piala Negara-Negara FIH tahun lalu. Kalau saya cakap tak nak bermain tak boleh juga sebab ada mata ranking Asia di ACT.

“Rugi tak ke Eropah dari segi kualiti kerana semua tahu Belgium dan Belanda bermain tempo pantas. Saya sentiasa nak bermain dengan empat ranking tertinggi dunia, kalah tak apa boleh belajar,” katanya.

Speedy Tigers terpaksa me­ng­ubah perancangan dengan ‘berkampung’ selama 10 hari di Korea Selatan menentang pasukan No. 9 dunia itu dari 18 hingga 28 Jun ini.

Bagi Arul, hanya Korea Selatan yang sedia mengadakan aksi persahabatan dengan skuad negara memandangkan India terlibat dengan saingan Liga Pro FIH, manakala Jepun pula sudah mempunyai perancangan tersendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI