fbpx

UCL: Inter Milan harapkan magis Inzaghi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INZAGHI (tengah) dianggap sebagai pakar perlawanan akhir apabila masih belum tewas dalam tujuh aksi sepanjang kariernya. – AFP

MILAN – Turun dengan status pasukan underdog langsung tidak mematahkan semangat Inter Milan yang mengharapkan magis Simone Inzaghi menentang Manchester City pada final Liga Juara-Juara di Stadium Ata­turk Olympic awal pagi esok.

Kemenangan di bumi Istanbul, Turkiye itu nanti akan menamatkan penantian 13 tahun Nerazzurri bergelar juara Eropah selepas kali terakhir Jose Mou­rinho mengemudi gergasi Serie A itu menewaskan Bayern Munich pada 2010.

Walaupun ramai meramal City yang akan menjuarainya, tetapi Inter tetap optimis de­ngan peluang mereka berdasarkan resume hebat Inzaghi, 47, yang tidak pernah tewas dalam tujuh perlawanan akhir berturut-turut sepanjang kariernya.

Nama Inzaghi sebelum ini lebih dibayangi kecemerlangan abangnya, Filippo selaku pe­nyerang prolifik yang pernah dilahirkan Itali dengan dua gelaran Eropah bersama AC Milan selain menjuarai Piala Dunia 2006.

Namun, segalanya berbeza dalam lapangan kejurulatihan bola sepak apabila Inzaghi lebih unggul dengan pelbagai koleksi trofi di peringkat domestik seperti Piala Super Itali dan Piala Itali bersama Lazio serta Inter.

“Inilah perlawanan paling penting bakal saya harungi, tetapi saya percaya dengan kemam­puan pemain-pemain yang sudah berpengalaman bermain di pentas separuh akhir seperti (Edin) Dzeko dan (Andre) Onana.

“Segala kerja keras kami dalam musim yang begitu mencabar ini akan berbaloi dengan trofi itu nanti. Saya tidak memikirkan mengenai diri saya, sebaliknya keutamaan sekarang adalah ­pa­sukan.

“Kalau kami menjadi juara, ia hasil kerja semua orang terma­suk pemain, barisan kejuru­latihan dan staf sokongan, bukannya disebabkan Simone Inzaghi,” ­katanya.

Begitupun, Inzaghi dikatakan masih berada dalam dilema sama ada menurunkan Dzeko yang sudah berusia 37 tahun atau Romelu Lukaku sebagai pasa­ngan Lautaro Martinez di bahagian serangan Inter awal pagi esok.

“Inilah keputusan paling sukar kerana saya tidak boleh menggilirkan mereka buat masa ini. Namun, saya masih ada masa untuk membuat keputusan terbaik dan saya bertanggungjawab terhadap tindakan itu nanti,” ­jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI