PETALING JAYA – Pegawai perubatan menasihatkan penggemar durian untuk mengambil dua ulas kecil durian sahaja bagi setiap hidangan.
Menurut perkongsian daripada pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan berkata, pengambilan durian secara berlebihan boleh menyebabkan obesiti dan gastrik.
“Antara mudarat, jika durian diambil secara berlebihan, akan menyebabkan kegemukan.
“Kandungan kalori yang tinggi pada durian, boleh menyebabkan kegemukkan,” katanya
Menurutnya, durian juga boleh menyebabkan gastrik sekiranya diambil secara berlebihan.
“Durian akan membebaskan gas dan alkohol semasa dihadam dan menyebabkan perut kurang selesa dan keradangan perut,” kongsinya.
Bukan itu sahaja, menurut beliau, durian juga akan menyebabkan badan menjadi panas.
“Tindak balas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman membuatkan badan jadi panas dan tidak selesa,” katanya.
Perkongsian itu menjadi tular di Twitter dengan tontonan sebanyak 95,500, 151 tanda suka dan 98 ulang ciap. – KOSMO! ONLINE